tabung keinginan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

OWNER MEMBERS

baGaimaNa MenGenaL joDoh kitA




Tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun, anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar ‘teman tapi mesra’? Adakah dia jodoh yang ditakdirkan untukku?

Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.

1. Dia seorang yang menarik perhatian anda.
Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.

2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya.
Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.

3. Dia suka apa saja yang anda miliki.
Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya.

4. Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya.
Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.

5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal.
Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya.

6. Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci.
Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.

7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda.
Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.

8. Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda.
Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.

9. Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda

Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia?
Kalau ya, Alhamdulillah..... jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia dikebas orang...hehehe (gurau ja)


~Cintaku Milik Siapa~

1 comment:

athirah said...

nice tips btw

visit my page if u like
http://athirahshariffudin.blogspot.com/

Post a Comment